warrior Islamic.

"Setiap kalam yang kau katakan kerananya Allah akan uji"

Ucapan hormat.

Judi Dan Arak Tetap Haram Walaupun Sejuta Ulama Menyertai UMNO

Sepertimana yang pernah saya persoalkan sebelum ini, adakah benar mereka ini ulama sepertimana yang digariskan oleh Islam? Atau sekadar dilabelkan sebagai ulama? Atau buat-buat ulama? Terpulang untuk memilih mana satukah jawapannya.Apa nak hairan, di bumi Mesir ini pun "ramai ulama-ulama UMNO". Di Jordan pun ramai jugak kan? Apa nak dihairankan? Saya rasa pelik, kenapa mereka yang memperjuangkan UMNO di Mesir dan Jordan ini tidak kedengaran ke"ulama"kan mereka apabila di Malaysia?
Setiap tahun, pasti ada mereka yang mengikuti pengajian Islam di Timur Tengah, akan pulang ke Malaysia, dan membawa ideologi UMNO. Tetapi ke manakah mereka di dalam UMNO? Terpulanglah, itu ideologi masing-masing..


Tapi, suka untuk saya memberi nasihat di sini, “jangan salahgunakan istilah ulama”. Kalau istilah ulama disalahgunakan, tak hairanlah kalau sejuta “ulama” akan buat maksiat. Dulu, ada yang mengatakan Ustaz Pirdaus dan Ustazah Masyitah itu sebagai ulama.
Tetapi taring mereka sudah tidak kelihatan hari ini untuk membela UMNO, lebih-lebih lagi isu judi. Saya juga tidak hairan kalau terdapat lebih daripada sejuta “ulama” akan masuk UMNO sekiranya istilah “ulama” itu disalahgunakan.


Saya agak terkilan dengan UMNO apabila isu judi ini semakin membarah. Selain itu banyak lagi isu-isu yang jelas bertentangan dengan Islam. Maka, saya sebagai mahasiswa Islam tidak akan berdiam diri dengan perkara ini.








Saya juga terfikir, kalaulah UMNO itu perjuangkan Islam, alangkah bagusnya.. Tetapi itu sekadar harapan. Sebelum ini mereka menyingkirkan ulama, hari ini mereka berdalilkan “ulama” untuk meraih sokongan. Saya tidak sabar menanti hujah 40 orang ulama ini untuk mengulas isu judi, arak, hudud dan sebagainya.


Satu perkara lagi ingin disebutkan, UMNO berpegang dengan menolak hudud dan menghalalkan judi, kalau sejuta orang ulama menyertai UMNO sekalipun, perjuangan UMNO ini tetap salah dan bercanggah dengan Islam.
Judi tetap haram walaupun sejuta ulama menyertai UMNO.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
ibnuirfadzil.blogspot.com

UMNO Ugut Bunuh Nik Aziz, Apa Tindak Polis..




Friday, April 30, 2010 :Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.
Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.
Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.



HARAKAH hari ini ...KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.
Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.
"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.
Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.
Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.
"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.
"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.
Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.
Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita nak tengok bagaimana cekapnya polis kita yang profesional itu..

Minyak Sabah,hak siapa?


Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya , NGO, anak sabah, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama. Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.
Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah. Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.

Followers