warrior Islamic.

"Setiap kalam yang kau katakan kerananya Allah akan uji"

Ucapan hormat.

Sejarah tercipta lagi.







Kampung Pandan 20 Syawal.Baru - baru ini seorang pemuda ISTIMEWA. terasa bersyukur dan teruja sebaik berjaya membuat blog sendiri.Dikhabarkan hasrat membina blog ini merupakan impian sekian lama dan dengan izinya dan bantuan atas sahabat hafizi beliau akhirnya memiliki blog sendiri.
"Ana terasa teruja dan banyak berterima kasih kepada sahabat ana Hafizi dan mustaqim atas galakan sehingga adanya Warrior Islamic.blogspot.com .Jika sebelum ini ana sekadar membaca dan berkongsi respon blog shbt2"
Sebagaimana sedia maklum blog berbeza dari webcite atau mana-mana laman web ia statik manakala maklumat di dalam blog sentiasa dikemas kini.Ada beribu blog berbahasa Inggeris dan melayu di luar sana dikemaskini 3 - 7 kali dalam sehari.
Bila ditanya mengapa beliau memilih "warrior Islamic" dan menjadikan tema blog" Hamba Allah Yang Mulia."Pemilihan nama ini sudah lama ana fikirkan sehingga terbawa ke mimpi.Pelik bunyinya namun ana lebih suka bertindak lain dari yang lain" Pemecah teradisi"
"Ana cukup percaya dan yakin setiap Muslim berhajat ingin menjadi Pahalawan Islam" Warrior Islamic"sebagai penegak Agama Allah. Untuk menyatakan dan menzahirkan kerelaan pembantu agama Allah tentunya bukanlah hasil ikutan semasa tetapi lahir dari hati yang ikhlas dan kefahaman tarbiyah yang sejahtera yang sekian lama dipupuk dan disemai.Termasuk kita sebagi penganut Islam sama ada melalui keturunan mahupun lahir dari Pilihan Hidayah Ilahi. Kefahaman tentang Islam perlu jelas dan sentiasa dibajai jika tidak anutan agama Yang teragung sekadar nama dan segala perbuatan banyak berkompaskan amalan barat dan kehendak nafsu semata.
Sebagaimana yang kita yakini ISLAM adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. Ia adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang tepat dan ibadah yang sahih, jelasnya Islam itu Syumul "Islam for All"ISLAM The Universal Religon"
Bahawasanya wajib seseorang yang bergelar Muslim untuk beriltizam seratus peratus kepada ajaran Islam. Saidina Umar r.a pernah berpesan “Kita dahulunya adalah satu bangsa yang hina, tetapi telah ALLAH SWT muliakan dengan Islam. Jikalau kita menolak Islam, maka hilanglah kemuliaan itu daripada kita.”

Ibnu Taimiyyah pernah menjelaskan berkenaan kepentingan kefahaman ISlam yang shahih dan implikasinya dalam kehidupan Mukmin menyebutkan bahawa:
“Kefahaman yang shahih dan niat yang baik adalah sebesar-besar nikmat Allah s.w.t ke atas hambaNya. Bahkan tidak ada anugerah yang lebih baik dan mulia selepas Islam melainkan kedua-duanya. Kedua-duanya merupakan betis kepada Islam. Islam tertegak di atasnya dan dengannya seorang hamba terselamat dari jalan-jalan orang-orang sesat yang mempunyai kefahaman yang jelas dan jitu. Beliau termasuk dikalangan orang-orang yang diberi nikmat ke atas mereka, mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Mereka berada pada jalan yang lurus yang diperintahkan agar kita memohon dari Allah s.w.t agar Dia menunjuki kita jalan yang lurus dalam setiap solat. Kefahaman yang shahih merupakan cahaya yang dicampakkan oleh Allah s.w.t kedalam hati hambaNya menyebabkan kitamembolehkan membezakan di antara yang shahih dan fasid, hak dan bathil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran.Kerajaan yang zalim dan kerjaan yang benar mahukan Islam.Parti yang mahu menegakan Islam dan Parti yang sekadar menis dimulut membela Melayu & Islam. Pemimpin yang Alim dan pemimpin yang Jahil.
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi. QS. 3:85

”Kami turunkan kepadamu Al Quran menjelaskan segala sesuatu sebagai petunjuk serta rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang yang berserah diri”Surah An Nahl ayat 89 :
"Merekalah (Al-Kahfi) pemuda-pemuda yang beriman teguh kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk Kami kepada mereka, dan Kami ikat hati-hati mereka ketika mereka bangun (di hadapan Daqyanus) lantas menyatakan : Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi..." (Al-Kahfi : 21)
Rumusannya kefahaman adalah sangat utama dalam segala hal tindak tanduk.bBeliau menyambung lagi "Kerana atas mengharapkan redha Nya dan kefahaman ana membina blog bertemakan "warrior Ilsamic"meyakinkan pada semua kita adalah pembantu agama Allah baik Umat Islam di Malaya mahupun di nun barat,selatan utara benua sana.Kita lah pembila Agama Allah kerana sebaik melafazkan Islam disana terletak tuntutan amal makruf nahi mungkar.terpikul amanat menjaga agama Allah


(kunjungi perkongsian bermakna ini. Bukan rekaan tetapi menyeru kita lebih berfikir,membuka minda dan lebih menyakini perjuangan ini sebagai jalan hidup kita.TAKBIR!)

http://www.youtube.com/watch?v=qthMJY8dkls&feature=related




Sabda RasuluLLAH SAW:“Diwajibkan ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala akan makan kambing yang jauh dari kumpulannya

“Kamu hendaklah bersama jemaah muslimin dan pemimpin mereka.”Serta:“Kamu hendaklah bersama jemaah, kerana tangan ALLAH bersama jamaah, dan sesiapa yang mengasingkan diri (daripada jamaah), maka dia mengasingkan diri ke dalam api neraka.”


Menyertai perjuangan Islam + Menyertai jamaah Islam + Kesempurnaan Islam & Iman


DALIL-DALIL WAJIBNYA MEMPERJUANGKAN ISLAM Merujuk kepada Firman Allah SWT di dalam al-Quran dan juga Hadith Rasulullah SAW, jelas menunjukkan betapa wajibnya kita berada di dalam saff-saff perjuangan menegakkan ugama Islam.Setiap individu muslim tidak boleh melepaskan dirinya daripada memperjuangkan ISLAM di mana mereka berada. Kewajipan ini ialah FARDHU AIN. Ini bermakna sesiapa yang meninggalkan tugas ini hukumnya adalah berdosa.Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan aqidah dan akhlaq Islam, melahirkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam, menegakkan sebuah daulah atau pemerintahan yang melaksanakan Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini

[3].Antara dalil-dalil yang menguatkan bahawa memperjuangkan Islam adalah wajib, dilihat dari beberapa sudut :PERTAMA : WAJIB DARI SUDUT PRINSIP (MABDA’)Beramal ataupun bekerja untuk menegakkan seluruh ajaran Islam pada prinsipnya adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia didahului oleh para Nabi dan para Rasul.Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran ia hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu (mengubah dengan tangannya/kuasanya), maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (yakni tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sekadar besar biji sawi.(Hadith Riwayat Imam Al-Tirmizi)
KEDUA : WAJIB DARI SUDUT HUKUMBerjuang menegakkan Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam.

[3].Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk dan mengabdikan diri kepada Allah di dalam soal keyakinan, akhlaq dan sistem hidup keseluruhannya berdasarkan dalil dari Al-Qur’an yang menyebut :

”Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) mereka belum lagi beriman hinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusannya yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.

Perkongsian maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling kentara. pengguna boleh membaca apa sahaja maklumat, kemudain boleh berinteraksi dengan orang di sebalik video.Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:

* Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat cbox dari pelbagai lokasi di seluruh

dunia.


* Melatih kemahiran menulis walau dalam pelbagai bahasa.
* melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau 'blog skin"
* tempat menyampaikan idea , gagasan atau tugasan , jika anda seorang pensyarah atau guru.

Namun blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau pun buruk sesebuagh blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tersebut.

Jika baik maka baiklah blog itu, banyak manfaatnya .jik aburuk orangnya,maka banyaklah kemudaratannya










2 comments:

yaa syeh karim....ana nak betul kan nama skit jee...anta letak nama fauzi....nama nye bukan fauzi,tp hafizi..harap maklum...ape2 pon ana ucapkan tahniah lah sebab dah ade blog...teruskan usaha anta...

 

wsalam.Syukaran atas komen membina ini.Anda merupakan insan yang pertama memberi respon blos yg tidak seberapa.teruskan menjadi bloges membina kefahaman dan pemikiran masyarakat ke arah acuan Islam.
salam Pena

 

Post a Comment

Followers